Sunday, 30 June 2013

AL-AQSA DAN UMAT ISLAM







1.Bagi umat Islam,Palestin merupakan tanah yang dirahmati Allah.Ia merupakan kiblat pertama umat Islam sejak solat diwajibkan pada malam Isra' dan Mi'rajSehingga lah Allah memerintahkan Rasullulah SAW menghadap ke arah Masjidil Haram sebagai kiblat selepas Masjidil Aqsa dengan firman Allah:

"Dan dari mana sahaja kamu(Muhammad) berangkat,maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidil al-Haram.Dan di mana sahaja kamu berada maka palingkanlah wajahmu ke arahnya".
(Al-Baqarah:150)

2.Palestin merupakan negeri Isra' dan Mi'raj,Palestin merupakan negara istimewa kerana telah dijadikan Baitul Maqdis destinasi terakhir perjalanan Isra' di bumi dan permulaan perjalanan mikrah ke langit.

"Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjid Al-Haram(di Mekah) ke Masjid A-Aqsa(di Palestin). yng Kami berkati sekelilingnya,  untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda(kekuasaan dan kebesaran) Kami.Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar. lagi Maha Mengetahui."(al-isra).

3.Terletaknya Baitul Maqdis iaitu kota besar Islam ketiga.Kota besae Islam yang pertama ialah Mekah dengan adanya Masjidil Haram,manakala kota besar umat Islam yang kedua ialah Madinah di mana terletaknya Masjidil Nabawi dan makam Rasullullah.

4.Negeri kenabian dan keberkatan
kerana di negeri inilah telah lahirnya ramai para nabi seperti Nabi Ibrahim AS,Nabi Ishaq AS,Nabi Ismail AS,Nabi Yaakub AS,Nabi Musa AS,Nabi Isa AS,Nabi DAud AS,Nabi Sulaiman AS dan ramai lagi...

5.Negeri perjuangan kerana Palesti juga dikenali sebagai bumi jihad kerana di situ terletaknya Umat Islam yang teguh berjuang menegakkan kebenaran sehingga ke hari kiamat.

Kesimpulannya,bumi Palestin dan rakyatnya perlu dibela.Keganasan regim Zionis Israel perlu ditentang agar kemusnahan dan kezaliman dapat dihentikan.

Wednesday, 26 June 2013

BOIKOT MCD!!!!!!



Berkaitan kenyataan McD Malaysia.McD Malaysia membayar franchisee fees kepada Mcd Corp USA.Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia.Setiap hari Restoran McD menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu,maka kita harus menyampaikan mesej yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan.Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada Israel' bahkn mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing.maka boikot akan gagal dan McD Corp US boleh meneruskan sokongan Israel.

Tetapi jika setiap warag dunia mula memboikot operasi Mcd di negara masing-masing,maka ini akan menyampaikan mesej yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kepada Israel.Bayangkanjika kutipan dari yuran franchisee sahaja jumlahnya ratusan juta dollar sehari,berapa banyak jentera perang yang boleh dibeli Israe dengan sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.

Kerana itu boikot adalah satu 'peperangan'.Seruan boikot akan di-counter oleh pihak musuh dengan mengatakan:"kami'cawangan tempatan 'dan kami hanya membayar cukai kepada kerajaan kita.Lagipun kami menyumbang kepada ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepda rakyat tempatan."

Jika semua negara membuay pengistiharan seperti ini dan semua warga dunia terpedya dengan seruaan manis ini,aksi boikot akan gagal total.Tetapi apabila McD seberang laut menerima tempias dari polisi McD Corp US yang membiayai Israel,maka akhirnya McD Corp US terpaksa berfikir lagi sebelum menruskan sokongannya kepada zionis kerana keuntungan seberang laut mula menyusut...(diambil daripada AQSA SYARIF SARAWAK)  

KEZALIMAN DAN KEKEJAMAN GEGIM ZIONIS ISRAEL


Negara yang dahulunya aman dan diperintah dengan penuh keadilan telah dijajah dan diperintah regim zionis dengan berbagai bentuk kekejaman dan kezaliman.

Bumi Palestin pada tahun 1914 diduduki oleh 82%penduduk Islam,10% Kristian dan hanya 8% yahudi yang memiliki 2 % tnah.Namun enam dekad telah berlalu (1948-2010), pelbagai kezaliman besar yang dilakukan regim zionis Israel sehingga bumi Palestin porak poranda dan enuh dengan kemusnahan.Sebab utamanya adalah angkara regim zionis yang mencoroboh bumi Palestin.

Pada tahun 1947, melalui Resolusi 181 Pelan Pembahagian PBB yang ditolak oleh Palestin telah secara paksa merampas hak penduduk peribumi dan memeberikan 55% tanah kepada Yahudi yang sebelumnya tanah milikYahudi hanya sekitar 6.5% dari keseluruhan bumi Palestin dan orang Yahudi hanya memiliki sebanyak 91 penempata di tanah mereka yang sedikit itu.

Peristiwa Nakhbah (1948)menjadi titik tolak pengusiran rakyat Palestin seramai 750,000 orang dari bumi mereka sendiri dan kini lebih 5 juta rakyat Palestin tinggal di kem-kem sementara di dalam mahupun luar Palestin.Manakala orang Yahudi di tanah palestin kini berjumlah 7.33 juta.



Pada tahun 2002,Israel membina tembok pemisah sepanjang 721 km menyebabkan 60,500 rakyat Palestin di 42 bua kampung dan bandar dipaksa berada dikedudukan 'no-man s-land'.Mereka terkurung dan terpisah dari sumber rezeki dan dunia luar.

Pada tahun 2006,Israel melakukan sekatan terhadap Gaza sehingga rakyat Palestin terputus bekalan asas seperti makanan,perubatan dan pendidikan.

Pada akhir 2008 pula sewenang-wenangnya regim zionis menyerang dan membedil Gaza walaupun masyarakat dunia menentang.Lebih 5000 terbunuh dan 40,000 luka dan parah.Apakah lagi yang akan dilakukan oleh zionos Israel..Sama-sama lah kitaberdoa dan memberikan sedikit sumbangan kepada mereka...

Bagi masyarakat dunia yang bertamandun,kekejaman dan kezaliman zionis Israel tidak boleh dipandang sepi.Regim zionis Israel sudah bertindak luar batas kemanusiaan.Di atas dasar kemanusiaan,masyarakat dunia tanpa mengira bangsa dan agama terus-terusan menyatakan bantahan dari timur mahupun barat,termasuk dari kalangan NGO dan orang perseorangan yang perihatin. 

PUNCA PEPERANGAN

PERTAMA PERANG ARAB-ISRAEL(1948)

Kepimpinan Yahudi diterima Rancangan Partition, tetapi pemimpin Arab menolaknya. Liga Arab mengancam untuk mengambil langkah-langkah ketenteraan untuk menghalang partition Palestin dan untuk memastikan hak-hak kebangsaan penduduk Arab Palestin. Satu hari sebelum Mandat British tamat, Israel mengisytiharkan kemerdekaan di dalam sempadan Negeri Yahudi yang dinyatakan dalam Rancangan Partition itu. Negara-negara Arab mengisytiharkan perang ke atas Negeri yang baru ditubuhkan Israel bermula 1948 Perang Arab-Israel.

Selepas perang, rakyat Palestin terlibat dalam  malapetaka itu, 1949 Perjanjian Gencatan Senjata ditubuhkan garis pemisahan antara para pejuang: Israel dikawal beberapa kawasan yang ditetapkan bagi negeri Arab di bawah Rancangan Partition itu, Transjordan menguasai Tebing Barat dan Jerusalem Timur, dan Mesir menguasai Semenanjung Gaza.

PERANG SELAMA ENAM HARI

 Perang Enam Hari ini telah berlaku pada 5 Jun 1967 sehingga 10 Jun 1967 , Israel berjaya menawan kawasan  Semenanjung Gaza sehingga ke Semenanjung Sinai, Tebing Barat dan Jerusalem Timur , dan Bukit Golan Syria. Majlis Keselamatan PBB dipanggil untuk pengunduran Israel "dari wilayah yang diduduki" pada tahun 1967 dan "penamatan semua tuntutan." Resolusi 242 mengiktiraf hak "setiap negeri di kawasan itu untuk hidup dengan aman di dalam sempadan yang selamat dan diiktiraf bebas daripada ancaman atau tindakan kuasa. "

Perang 1973

Pada bulan Oktober 1973, perang tercetus lagi antara Israel dan Mesir di Sinai dan Syria di Golan Heights. Gencatan senjata A telah dicapai (resolusi PBB 339) dan pasukan pengaman PBB ditempatkan di kedua-dua tempat,  selepas Israel dan Mesir mengadakan perjanjian damai pada tahun 1979. Pasukan pengaman PBB terus ditempatkan di Golan Heights.

Kebangkitan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO)
Pada tahun 1974, Liga Arab mengiktiraf Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai wakil sah untuk rakyat Palestin dan melepaskan peranannya sebagai wakil Tebing Barat. PLO mendapat stat pemerhatian dari Perhimpunan Agung PBB pada tahun yang sama.

Pada tahun 1988, Majlis Kebangsaan Palestin PLO meluluskan Deklarasi Kemerdekaan Palestin di Algiers, Tunisia. Perisytiharan itu mengisytiharkan "Negara Palestin di wilayah Palestin kami dengan Jerusalem modal," walaupun ia tidak menetapkan sempadan yang tepat, dan menegaskan PBB Resolusi 181 menyokong hak-hak rakyat Palestin dan Palestin. Pengisytiharan itu telah diiringi oleh panggilan PLO untuk rundingan pelbagai hala berdasarkan Resolusi 242 PBB.


Intifada (1987 hingga 1993)

Keadaan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, termasuk Jerusalem, selepas lebih 20 tahun pendudukan tentera, penindasan dan perampasan tanah, menyumbang kepada pemberontakan Palestin dipanggil intifada pada bulan Disember 1987. Antara tahun 1987 dan 1993, lebih 1,000 orang terbunuh dan beribu-ribu cedera, ditahan, dipenjarakan di Israel atau pulang dari wilayah Palestin

PALESTIN






Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.

Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin). Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.http://rodbrader.blogspot.com/