
BANDAR
BARU BANGI, 30 Nov 2012 – Pemimpin Palestinian Authority (PA) Mahmoud
Abbas menerima tepukan gemuruh selepas menyampaikan permohonan untuk
menjadi sebuah negara keahlian penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) September tahun lalu. Semalam, pada hari ulangtahun ke-65
kelulusan Resolusi No. 181, Perhimpunan Agung PBB telah mengundi untuk
menaikkan status Palestin sebagai sebuah “negara pemerhati bukan ahli.”
Ramai yang melihat perkembangan mutakhir ini sebagai satu percaturan
yang positif ke arah penyelesaian permasalahan Palestin. Sesuatu yang
menggembirakan. Betulkah?
Kita harus menganalisa perkembangan ini dengan mengambil kira
halatuju Palestin secara menyeluruh tanpa mengabaikan aspek sejarah
bagaimana negara haram Zionis itu boleh tertubuh, bagaimana rakyat
pribuminya dinyahkan dan dibunuh, dan rentetan jenayah mereka terhadap
bumi Palestin. Oleh kerana bumi Palestin dipertahan dengan darah dan
keringat, maka seharusnya semua pihak mengimbau ke belakang untuk
memahami apa yang mungkin diraih di hadapan.
Pertamanya, bagi mendapat taraf sebagai sebuah “negara pemerhati”
semua pihak termasuk PA harus bersetuju dengan satu persempadanan
negara, kerana tidak akan pernah wujud sebuah negara tanpa sebarang
garisan fizikal sempadan. Dalam isu Palestin, perkara ini sudah pasti
akan bersandarkan kepada apa yang disebut sebagai sempadan pra-perang
1967. Apakah Palestin sebenarnya bermula daripada tarikh keramat itu?
Inilah jerangkap samar yang Yahudi sangat ingin PA terjun ke dalamnya
sambil memejamkan mata rapat-rapat.
Pengiktirafan daripada PBB ini juga bermakna PA harus menghadiahkan
sebuah pengiktirafan balas kepada hak sebuah negara yang dinamakan
sebagai Israel yang akan akhirnya membolehkan mereka terus bertapak di
atas 80-90% bumi Palestin yang dibolotinya dengan sokongan padu PBB pada
masa itu. Jika inilah kesan dan akibatnya dengan pengiktirafan yang
diterima oleh PA pada 29 November 2012 itu, maka ia adalah suatu jenayah
dan pengkhianatan yang maha besar ke atas rakyat Palestin dan seluruh
umat Islam yang sudah tentu akan membawa akibat yang amat memeritkan
nanti bukan saja kepada Palestin tetapi kepada umat Islam sedunia.
Sekiranya ini benar-benar berlaku, pengiktirafan yang diidamkan
Mahmoud dan menteri-menteri PA akan bermaksud Palestin sedia
menghadiahkan sebuah pengiktirafan berdulangkan emas kepada negara haram
Israel. Ianya akan bermakna bahawa secara langsung, dunia dan PA akan
sah menafikan hak sekitar 8 juta rakyat Palestin, yang telah lama
dihalau keluar dari kampung halaman mereka, untuk kembali memakmurkan
bumi barakah kepunyaan nenek-moyang mereka itu. Pelarian Palestin yang
bertebaran di serata dunia ini yang telah dirampas rumah dan tanah
tumpah darah mereka secara paksa akhirnya tidak akan mempunyai apa-apa
hak lagi. Ini adalah satu lagi pengkhianatan yang besar, di mana PA
sanggup menggadaikan tanah pemilik asalnya secara tidak sah kepada
Zionis Israel.
Mahmoud Abbas (tengah) bersama delegasi PA di Perhimpunan Agung PBB.Pada
masa yang sama, pengiktirafan PA ini juga akan melenyapkan kedudukan
Palestine Liberation Organisation (PLO) yang telah diiktiraf sebagai
satu-satunya wakil sah Palestin oleh PBB pada tahun 1974. Kita perlu
sedar bahawa PLO mewakili rakyat Palestin di semua wilayah yang
ditakluki Zionis, manakala PA hanya mewakili penduduk di Tebing Barat.
Ini bermakna perwakilan Palestin akan terus menguncup daripada 43%
(mengikut pelan pembahagian) kepada kurang daripada 10% wilayah sebenar.
Dari segi bilangan penduduk, pengiktirafan PA ini hanya mewakili 2.4
juta penduduk di Tebing Barat, berbanding 12 juta penduduk Palestin
keseluruhannya termasuk yang di dalam buangan.
Mainan media dan petikan kepimpinan dunia alaf baru berkenaan
resolusi PBB ini telah melakarkan sejambak harapan kepada pemupukan
perpaduan krisis tertua dunia kini di antara Palestin dan Israel. Baca
saja komentar-komentar rencana dan berita seluruh dunia; semuanya
bagaikan mengalungkan jambakan zaitun kepada kedua-dua pihak tanpa
sesiapa pun, kecuali segelintir, yang memikirkan sejarah dan kerugian di
pihak bangsa Palestin yang dianiayai sejak berdekad yang lalu.
Seolah-olah resolusi ini membasuh bersih segala dosa, airmata dan darah
para pejuang yang telah syahid kerana mempertahankan hak watan mereka.
Semacam terlalu mudah pengorbanan mempertahankan tanahair milik umat
Islam sedunia ini disucikan dengan hanya tinta dan kertas PBB.
Marilah kita hadham betul-betul. Fahami dalam-dalam. Bahawa selagi
mana PA mula dan mahu diiktiraf oleh PBB, PA juga harus mengiktiraf
Israel sebagai sebuah negara berdaulat khusus untuk Yahudi - suatu
perkara yang menjadi idaman Israel sejak hari pertama penubuhannya. Bila
saja perkara ini sah termaktub di dalam kanun caturan PBB, Israel akan
menunjukkan belang serta taring terbesarnya. Apakah dia?
Israel akan memperolehi lesen sah untuk mengusir keluar kesemua
bangsa Arab dan Palestin yang masih menetap dan menjadi penduduk di
dalam negara haram itu dari tanah nenek-moyang asal mereka kerana mereka
bukan dari keturunan Yahudi. Pada masa yang sama, bangsa Arab dan
Palestin yang terusir ini tidak akan ada tempat untuk berhijrah,
melainkan merempat dan menjadi pelarian di negara luar.
Kita mungkin berbangga dengan pengiktirafan PA ini, tetapi perkara
ini tidak langsung meleraikan isu hak untuk pelarian Palestin kembali ke
tanah air mereka, isu rampasan berterusan terhadap tanah rakyat
Palestin, wilayah-wilayah Tebing Barat yang diduduki Yahudi, sekatan
serta embargo zalim ke atas Gaza, mahupun isu ibukota Palestin.
Pengiktirafan yang tidak memberi perhatian kepada isu-isu tersebut tidak
sekali-kali dapat menyelesaikan permasalahan Palestin-Israel. Tidak
sama sekali.
Pengiktirafan khayalan ala halimunan ini hanyalah diisi dengan
pelbagai konsesi yang tidak dinyatakan kepada umum mahupun rakyat
Palestin sendiri. Kesan dan akibatnya akan jauh menusuk dan merobek ke
tulang hitam Palestin itu sendiri.
Pengiktirafan status “negara pemerhati” ini juga akan membolehkan
Israel membolosi dirinya daripada dipertanggungjawabkan sebagai sebuah
kuasa ketenteraan di rantau itu yang mengawal, membuli, menyerang dan
menakluk wilayah Tebing Barat dan Gaza. Selepas ini, Israel boleh pada
bila-bila masa menyerang Gaza atau Tebing Barat dalam bentuk serangan
dari sebuah negara yang kini sah statusnya, setelah dipersetujui oleh
PA. Jelas sekali, pejuang-pejuang Palestin selepas ini akan berhadapan
dengan serangan daripada sebuah negara, bukan lagi daripada sebuah kuasa
penakluk. Perkara ini adalah bertentangan dengan pendirian penduduk
Palestin yang ingin tetap dan terus berjuang mendapatkan kembali
tanahair mereka yang dijajahi oleh Zionis sejak sekian lama. Tetapi oleh
kerana PA yang terlebih pandai itu, kini pejuang Palestin terpaksa akur
untuk menentang sebuah “negara sah” dan berdaulat. Dan dunia akan
mengecam pejuang Palestin selepas ini sebagai puak pelampau yang tidak
tahu berterima kasih!
Cerdiknya PA. Lebih cerdik lagi Zionis dan kuncu-kuncu mereka.
Tambahan pula, Israel tetap dengan pendiriannya menjadikan seluruh
wilayah Jerusalem yang mereka jajahi sebagai ibukota negara haram itu,
dengan menolak sama sekali cadangan Jerusalem Timur sebagai ibukota
Palestin.
Seperkara lagi, PA percaya ataupun pura-pura percaya bahawa dengan
mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, rakyat Palestin akan mampu
mendakwa Israel di International Criminal Court (ICC). Kita perlu sedar
bahawa Israel tidak pernah menganggotai mahupun mengiktiraf ICC, yang
membawa implikasi bahawa Israel tidak tertakluk kepada undang-undang
mahupun keputusan ICC. Perkara yang sama menjadi pertikaian dalam kes
serangan maut tentera Zionis ke atas kapal Mavi Marmara, di mana
kedua-dua negara Israel dan Turki tidak mengiktiraf ICC.
Keputusan untuk memohon keahlian PBB dibuat setelah lebih 20 tahun
mengadakan pelbagai rundingan dengan Israel. Namun walaupun sangat jelas
bahawa rundingan-rundingan tersebut dimanipulasi oleh Israel, PA di
pihak yang merugi masih enggan untuk menerima pendapat pihak-pihak lain
yang terlibat secara langsung dalam permasalahan ini, termasuk
sebilangan besar rakyat Palestin sendiri.
Bagaimana dengan Hamas?
Di peringkat awal, Hamas mempunyai pendirian yang jelas berkaitan isu
permohonan PA di PBB di mana mereka menolak perkara ini kerana mereka
menuntut supaya isu-isu berkaitan hak Palestin seperti yang sebutkan di
atas diselesaikan. Namun ramai pemerhati melihat pendirian Hamas ini
sebagai satu konflik atau perbalahan dengan Fatah dan mengabaikan
kepentingan atau isu asasi rakyat Palestin.
Jelas sekali terdapat satu manipulasi media yang sangat ketara
sehinggakan ramai menjadi keliru dalam perkara berkaitan pendirian Hamas
ini.
Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Meshaal, menjelaskan bahawa Hamas
menyokong usaha Mahmoud Abbas di PBB. Namun kita perlu jelas, bahawa
kenyataan Khaled Meshaal itu tidak terhenti di situ sahaja. Ianya
dituruti dengan syarat-syarat yang harus dipenuhi. Permohonan itu tidak
boleh menggadaikan barang seinci sekalipun daripada bumi Palestin, atau
mengabaikan mana-mana hak rakyat Palestin untuk kembali ke negara asal
mereka. Dalam erti kata lain, Hamas tidak pernah berganjak daripada
pendirian asal mereka dalam perkara mempertahankan bumi Palestin,
walaupun secara politiknya mereka menyokong usaha PA ke arah perdamaian.
Kita harus melihat sokongan Hamas ini sebagai satu tanda kematangan
mereka dalam arena diplomasi dan politik antarabangsa. Hamas inginkan
supaya mereka berfungsi sebagai sebuah entiti yang boleh beriringan
dengan masyarakat antarabangsa tanpa menggadaikan asas perjuangan. Mari
kita bekerjasama tetapi jangan merugikan kami.
Bagaimana pula dengan Israel dan Amerika?
Israel
dan Amerika tetap melawan arus dunia, membantah pengiktirafan PA di
PBB. Namun, apakah benar pengiktirafan ini merugikan Israel?Ramai
yang berpendapat jikalah pengiktirafan ini benar-benar merugikan
Palestin, mengapa pula Israel dan Amerika beria-ia menentang usul ini di
PBB?
Sebenarnya Israel tidak pernah percaya akan kemungkinan adanya
resolusi yang akan menyelesaikan masalah Palestin. Mereka inginkan
supaya isu Palestin terus hidup, dan pemimpin-pemimpin Palestin terus
berjuang dalam rundingan damai tanpa henti-henti.
Tidak pernah terlintas dalam benak Israel bahawa mereka akan mahu
hidup berjiran dengan negara Palestin, yang bagi mereka sentiasa jijik
dan hina. Justeru, Israel akan terus membiarkan Palestin untuk
berbincang dan berbincang, supaya masyarakat dunia melihat Israel
sebagai entiti yang setia mendengar keluhan Palestin dan sentiasa
berusaha ke arah jalan perdamaian. Seolah-olah bukan mereka yang menjadi
punca masalah ini semua. Tetapi pada hakikatnya, mereka berpegang
kepada doktrin "kami akan mendapat semua yang kami hendak, dan kami
tidak akan memberi apa-apa sekalipun kepada orang lain”.
Sesiapa saja yang mengkaji apa itu Yahudi sejak zaman Nabi-nabi
terdahulu akan tahu siapa mereka sebenarnya. Matlamat akan menghalalkan
cara. Nabi Yahya dibunuh oleh Yahudi dengan cara memenggal kepalanya.
Nabi Zakaria dibunuh dengan membelah tubuhnya kepada dua bahagian.
Tanyalah Yahudi manapun tentang hal ini dan mereka akan mendakwa ianya
dongengan semata-mata. Menipu, membohong, bacul, takut untuk mati dan
memungkiri janji adalah sesuatu yang mengakar umbi di dalam tubuh dan
darah mereka. Nabi pun tidak dapat membetulkan mereka, inikan pula PA.
Maka rakyat Palestin tidak hairan melihat mereka merobek hancur
tubuh-tubuh bayi dan kanak-kanak kecil dalam serangan terbaru November
ini. Kerana itu sifat dan sikap Yahudi zaman-berzaman.
Sungguhpun begitu, Amerika tetap ingin membiarkan PLO dan PA terus
wujud bagi merealisasikan agenda mereka untuk kesejahteraan Israel.
Sejak lebih 23 tahun, strategi ini menjadi satu pendekatan yang sangat
berkesan bagi Israel. Permohonan PA untuk diiktiraf oleh PBB akan
mengubah pendekatan ini, menyebabkan Israel dan Amerika terpaksa
menghalang usaha untuk mendapatkan pengiktirafan itu. Israel dan Amerika
harus membantah permohonan PA di PBB.
Sungguhpun begitu, jika PA boleh terus berperanan menjaga kepentingan
Israel sehinggakan Yahudi dapat terus merampas tanah rakyat Palestin
dan mengelak daripada dipersalahkan oleh masyarakat antarabangsa, Israel
tidak akan berhadapan dengan sebarang masalah. Mahmoud Abbas dan PA
sebenarnya akan terus berjuang bagi memenuhi nafsu jahat Israel.
Lagipun, PA memerlukan satu mekanisma bagi memulihkan populariti
mereka lebih-lebih lagi setelah Hamas dan pejuang-pejuang di Gaza
dijulang sebagai jaguh dalam menentang serangan Israel baru-baru ini.
Tetapi majoriti rakyat Palestin baik di Gaza, Tebing Barat mahupun
yang menjadi pelarian di negara luar, sangat faham bahawa Yahudi tidak
pernah faham bahasa rundingan. Mereka hanya faham bahasa peperangan. Bak
kata seorang rakyat Gaza kepada relawan HALUAN dalam salah satu misi
mereka ke sana, "kami berada di barisan hadapan untuk membela anak-anak,
wanita dan masyarakat awam Palestin, tanah wakaf umat Islam ini. Jadi
kami tidak akan mengkhianati amanah besar ini. Kami akan terus bersiap
dan mara dengan memegang erat al-Quran di tangan kanan dan memikul
kental senjata di tangan kiri kami sehinggalah tiba masanya bumi
Palestin dibebaskan dan umat Islam dapat kembali bersolat di Masjid
al-Aqsa secara aman, samada di masa generasi kita mahupun generasi
anak-cucu kita."
Benarlah kata-kata itu. Cukuplah umat ini ditipu oleh Zionis dan
kuncu-kuncunya sekian lama. Kita tidak akan jerlus ke dalam lubuk
perangkap mereka lagi. Semoga pengiktirafan PBB ini tidak membawa
Palestin masuk ke perangkap seterusnya