Monday, 1 July 2013

Ke Mana Arah Palestin Sebagai Sebuah Negara Pemerhati PBB?

abbas-01BANDAR BARU BANGI, 30 Nov 2012 – Pemimpin Palestinian Authority (PA) Mahmoud Abbas menerima tepukan gemuruh selepas menyampaikan permohonan untuk menjadi sebuah negara keahlian penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) September tahun lalu. Semalam, pada hari ulangtahun ke-65 kelulusan Resolusi No. 181, Perhimpunan Agung PBB telah mengundi untuk menaikkan status Palestin sebagai sebuah “negara pemerhati bukan ahli.”
Ramai yang melihat perkembangan mutakhir ini sebagai satu percaturan yang positif ke arah penyelesaian permasalahan Palestin. Sesuatu yang menggembirakan. Betulkah?
Kita harus menganalisa perkembangan ini dengan mengambil kira halatuju Palestin secara menyeluruh tanpa mengabaikan aspek sejarah bagaimana negara haram Zionis itu boleh tertubuh, bagaimana rakyat pribuminya dinyahkan dan dibunuh, dan rentetan jenayah mereka terhadap bumi Palestin. Oleh kerana bumi Palestin dipertahan dengan darah dan keringat, maka seharusnya semua pihak mengimbau ke belakang untuk memahami apa yang mungkin diraih di hadapan.
Pertamanya, bagi mendapat taraf sebagai sebuah “negara pemerhati” semua pihak termasuk PA harus bersetuju dengan satu persempadanan negara, kerana tidak akan pernah wujud sebuah negara tanpa sebarang garisan fizikal sempadan. Dalam isu Palestin, perkara ini sudah pasti akan bersandarkan kepada apa yang disebut sebagai sempadan pra-perang 1967. Apakah Palestin sebenarnya bermula daripada tarikh keramat itu? Inilah jerangkap samar yang Yahudi sangat ingin PA terjun ke dalamnya sambil memejamkan mata rapat-rapat.
Pengiktirafan daripada PBB ini juga bermakna PA harus menghadiahkan sebuah pengiktirafan balas kepada hak sebuah negara yang dinamakan sebagai Israel yang akan akhirnya membolehkan mereka terus bertapak di atas 80-90% bumi Palestin yang dibolotinya dengan sokongan padu PBB pada masa itu. Jika inilah kesan dan akibatnya dengan pengiktirafan yang diterima oleh PA pada 29 November 2012 itu, maka ia adalah suatu jenayah dan pengkhianatan yang maha besar ke atas rakyat Palestin dan seluruh umat Islam yang sudah tentu akan membawa akibat yang amat memeritkan nanti bukan saja kepada Palestin tetapi kepada umat Islam sedunia.
Sekiranya ini benar-benar berlaku, pengiktirafan yang diidamkan Mahmoud dan menteri-menteri PA akan bermaksud Palestin sedia menghadiahkan sebuah pengiktirafan berdulangkan emas kepada negara haram Israel. Ianya akan bermakna bahawa secara langsung, dunia dan PA akan sah menafikan hak sekitar 8 juta rakyat Palestin, yang telah lama dihalau keluar dari kampung halaman mereka, untuk kembali memakmurkan bumi barakah kepunyaan nenek-moyang mereka itu. Pelarian Palestin yang bertebaran di serata dunia ini yang telah dirampas rumah dan tanah tumpah darah mereka secara paksa akhirnya tidak akan mempunyai apa-apa hak lagi. Ini adalah satu lagi pengkhianatan yang besar, di mana PA sanggup menggadaikan tanah pemilik asalnya secara tidak sah kepada Zionis Israel.
abbas-02Mahmoud Abbas (tengah) bersama delegasi PA di Perhimpunan Agung PBB.Pada masa yang sama, pengiktirafan PA ini juga akan melenyapkan kedudukan Palestine Liberation Organisation (PLO) yang telah diiktiraf sebagai satu-satunya wakil sah Palestin oleh PBB pada tahun 1974. Kita perlu sedar bahawa PLO mewakili rakyat Palestin di semua wilayah yang ditakluki Zionis, manakala PA hanya mewakili penduduk di Tebing Barat. Ini bermakna perwakilan Palestin akan terus menguncup daripada 43% (mengikut pelan pembahagian) kepada kurang daripada 10% wilayah sebenar. Dari segi bilangan penduduk, pengiktirafan PA ini hanya mewakili 2.4 juta penduduk di Tebing Barat, berbanding 12 juta penduduk Palestin keseluruhannya termasuk yang di dalam buangan.
Mainan media dan petikan kepimpinan dunia alaf baru berkenaan resolusi PBB ini telah melakarkan sejambak harapan kepada pemupukan perpaduan krisis tertua dunia kini di antara Palestin dan Israel. Baca saja komentar-komentar rencana dan berita seluruh dunia; semuanya bagaikan mengalungkan jambakan zaitun kepada kedua-dua pihak tanpa sesiapa pun, kecuali segelintir, yang memikirkan sejarah dan kerugian di pihak bangsa Palestin yang dianiayai sejak berdekad yang lalu. Seolah-olah resolusi ini membasuh bersih segala dosa, airmata dan darah para pejuang yang telah syahid kerana mempertahankan hak watan mereka. Semacam terlalu mudah pengorbanan mempertahankan tanahair milik umat Islam sedunia ini disucikan dengan hanya tinta dan kertas PBB.
Marilah kita hadham betul-betul. Fahami dalam-dalam. Bahawa selagi mana PA mula dan mahu diiktiraf oleh PBB, PA juga harus mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat khusus untuk Yahudi - suatu perkara yang menjadi idaman Israel sejak hari pertama penubuhannya. Bila saja perkara ini sah termaktub di dalam kanun caturan PBB, Israel akan menunjukkan belang serta taring terbesarnya. Apakah dia?
Israel akan memperolehi lesen sah untuk mengusir keluar kesemua bangsa Arab dan Palestin yang masih menetap dan menjadi penduduk di dalam negara haram itu dari tanah nenek-moyang asal mereka kerana mereka bukan dari keturunan Yahudi. Pada masa yang sama, bangsa Arab dan Palestin yang terusir ini tidak akan ada tempat untuk berhijrah, melainkan merempat dan menjadi pelarian di negara luar.
Kita mungkin berbangga dengan pengiktirafan PA ini, tetapi perkara ini tidak langsung meleraikan isu hak untuk pelarian Palestin kembali ke tanah air mereka, isu rampasan berterusan terhadap tanah rakyat Palestin, wilayah-wilayah Tebing Barat yang diduduki Yahudi, sekatan serta embargo zalim ke atas Gaza, mahupun isu ibukota Palestin. Pengiktirafan yang tidak memberi perhatian kepada isu-isu tersebut tidak sekali-kali dapat menyelesaikan permasalahan Palestin-Israel. Tidak sama sekali.
Pengiktirafan khayalan ala halimunan ini hanyalah diisi dengan pelbagai konsesi yang tidak dinyatakan kepada umum mahupun rakyat Palestin sendiri. Kesan dan akibatnya akan jauh menusuk dan merobek ke tulang hitam Palestin itu sendiri.
Pengiktirafan status “negara pemerhati” ini juga akan membolehkan Israel membolosi dirinya daripada dipertanggungjawabkan sebagai sebuah kuasa ketenteraan di rantau itu yang mengawal, membuli, menyerang dan menakluk wilayah Tebing Barat dan Gaza. Selepas ini, Israel boleh pada bila-bila masa menyerang Gaza atau Tebing Barat dalam bentuk serangan dari sebuah negara yang kini sah statusnya, setelah dipersetujui oleh PA. Jelas sekali, pejuang-pejuang Palestin selepas ini akan berhadapan dengan serangan daripada sebuah negara, bukan lagi daripada sebuah kuasa penakluk. Perkara ini adalah bertentangan dengan pendirian penduduk Palestin yang ingin tetap dan terus berjuang mendapatkan kembali tanahair mereka yang dijajahi oleh Zionis sejak sekian lama. Tetapi oleh kerana PA yang terlebih pandai itu, kini pejuang Palestin terpaksa akur untuk menentang sebuah “negara sah” dan berdaulat. Dan dunia akan mengecam pejuang Palestin selepas ini sebagai puak pelampau yang tidak tahu berterima kasih!
Cerdiknya PA. Lebih cerdik lagi Zionis dan kuncu-kuncu mereka.
Tambahan pula, Israel tetap dengan pendiriannya menjadikan seluruh wilayah Jerusalem yang mereka jajahi sebagai ibukota negara haram itu, dengan menolak sama sekali cadangan Jerusalem Timur sebagai ibukota Palestin.
Seperkara lagi, PA percaya ataupun pura-pura percaya bahawa dengan mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, rakyat Palestin akan mampu mendakwa Israel di International Criminal Court (ICC). Kita perlu sedar bahawa Israel tidak pernah menganggotai mahupun mengiktiraf ICC, yang membawa implikasi bahawa Israel tidak tertakluk kepada undang-undang mahupun keputusan ICC. Perkara yang sama menjadi pertikaian dalam kes serangan maut tentera Zionis ke atas kapal Mavi Marmara, di mana kedua-dua negara Israel dan Turki tidak mengiktiraf ICC.
Keputusan untuk memohon keahlian PBB dibuat setelah lebih 20 tahun mengadakan pelbagai rundingan dengan Israel. Namun walaupun sangat jelas bahawa rundingan-rundingan tersebut dimanipulasi oleh Israel, PA di pihak yang merugi masih enggan untuk menerima pendapat pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung dalam permasalahan ini, termasuk sebilangan besar rakyat Palestin sendiri.
Bagaimana dengan Hamas?
Di peringkat awal, Hamas mempunyai pendirian yang jelas berkaitan isu permohonan PA di PBB di mana mereka menolak perkara ini kerana mereka menuntut supaya isu-isu berkaitan hak Palestin seperti yang sebutkan di atas diselesaikan. Namun ramai pemerhati melihat pendirian Hamas ini sebagai satu konflik atau perbalahan dengan Fatah dan mengabaikan kepentingan atau isu asasi rakyat Palestin.
Jelas sekali terdapat satu manipulasi media yang sangat ketara sehinggakan ramai menjadi keliru dalam perkara berkaitan pendirian Hamas ini.
Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Meshaal, menjelaskan bahawa Hamas menyokong usaha Mahmoud Abbas di PBB. Namun kita perlu jelas, bahawa kenyataan Khaled Meshaal itu tidak terhenti di situ sahaja. Ianya dituruti dengan syarat-syarat yang harus dipenuhi. Permohonan itu tidak boleh menggadaikan barang seinci sekalipun daripada bumi Palestin, atau mengabaikan mana-mana hak rakyat Palestin untuk kembali ke negara asal mereka. Dalam erti kata lain, Hamas tidak pernah berganjak daripada pendirian asal mereka dalam perkara mempertahankan bumi Palestin, walaupun secara politiknya mereka menyokong usaha PA ke arah perdamaian.
Kita harus melihat sokongan Hamas ini sebagai satu tanda kematangan mereka dalam arena diplomasi dan politik antarabangsa. Hamas inginkan supaya mereka berfungsi sebagai sebuah entiti yang boleh beriringan dengan masyarakat antarabangsa tanpa menggadaikan asas perjuangan. Mari kita bekerjasama tetapi jangan merugikan kami.
Bagaimana pula dengan Israel dan Amerika?
abbas-03Israel dan Amerika tetap melawan arus dunia, membantah pengiktirafan PA di PBB. Namun, apakah benar pengiktirafan ini merugikan Israel?Ramai yang berpendapat jikalah pengiktirafan ini benar-benar merugikan Palestin, mengapa pula Israel dan Amerika beria-ia menentang usul ini di PBB?
Sebenarnya Israel tidak pernah percaya akan kemungkinan adanya resolusi yang akan menyelesaikan masalah Palestin. Mereka inginkan supaya isu Palestin terus hidup, dan pemimpin-pemimpin Palestin terus berjuang dalam rundingan damai tanpa henti-henti.
Tidak pernah terlintas dalam benak Israel bahawa mereka akan mahu hidup berjiran dengan negara Palestin, yang bagi mereka sentiasa jijik dan hina. Justeru, Israel akan terus membiarkan Palestin untuk berbincang dan berbincang, supaya masyarakat dunia melihat Israel sebagai entiti yang setia mendengar keluhan Palestin dan sentiasa berusaha ke arah jalan perdamaian. Seolah-olah bukan mereka yang menjadi punca masalah ini semua. Tetapi pada hakikatnya, mereka berpegang kepada doktrin "kami akan mendapat semua yang kami hendak, dan kami tidak akan memberi apa-apa sekalipun kepada orang lain”.
Sesiapa saja yang mengkaji apa itu Yahudi sejak zaman Nabi-nabi terdahulu akan tahu siapa mereka sebenarnya. Matlamat akan menghalalkan cara. Nabi Yahya dibunuh oleh Yahudi dengan cara memenggal kepalanya. Nabi Zakaria dibunuh dengan membelah tubuhnya kepada dua bahagian. Tanyalah Yahudi manapun tentang hal ini dan mereka akan mendakwa ianya dongengan semata-mata. Menipu, membohong, bacul, takut untuk mati dan memungkiri janji adalah sesuatu yang mengakar umbi di dalam tubuh dan darah mereka. Nabi pun tidak dapat membetulkan mereka, inikan pula PA. Maka rakyat Palestin tidak hairan melihat mereka merobek hancur tubuh-tubuh bayi dan kanak-kanak kecil dalam serangan terbaru November ini. Kerana itu sifat dan sikap Yahudi zaman-berzaman.
Sungguhpun begitu, Amerika tetap ingin membiarkan PLO dan PA terus wujud bagi merealisasikan agenda mereka untuk kesejahteraan Israel. Sejak lebih 23 tahun, strategi ini menjadi satu pendekatan yang sangat berkesan bagi Israel. Permohonan PA untuk diiktiraf oleh PBB akan mengubah pendekatan ini, menyebabkan Israel dan Amerika terpaksa menghalang usaha untuk mendapatkan pengiktirafan itu. Israel dan Amerika harus membantah permohonan PA di PBB.
Sungguhpun begitu, jika PA boleh terus berperanan menjaga kepentingan Israel sehinggakan Yahudi dapat terus merampas tanah rakyat Palestin dan mengelak daripada dipersalahkan oleh masyarakat antarabangsa, Israel tidak akan berhadapan dengan sebarang masalah. Mahmoud Abbas dan PA sebenarnya akan terus berjuang bagi memenuhi nafsu jahat Israel.
Lagipun, PA memerlukan satu mekanisma bagi memulihkan populariti mereka lebih-lebih lagi setelah Hamas dan pejuang-pejuang di Gaza dijulang sebagai jaguh dalam menentang serangan Israel baru-baru ini.
Tetapi majoriti rakyat Palestin baik di Gaza, Tebing Barat mahupun yang menjadi pelarian di negara luar, sangat faham bahawa Yahudi tidak pernah faham bahasa rundingan. Mereka hanya faham bahasa peperangan. Bak kata seorang rakyat Gaza kepada relawan HALUAN dalam salah satu misi mereka ke sana, "kami berada di barisan hadapan untuk membela anak-anak, wanita dan masyarakat awam Palestin, tanah wakaf umat Islam ini. Jadi kami tidak akan mengkhianati amanah besar ini. Kami akan terus bersiap dan mara dengan memegang erat al-Quran di tangan kanan dan memikul kental senjata di tangan kiri kami sehinggalah tiba masanya bumi Palestin dibebaskan dan umat Islam dapat kembali bersolat di Masjid al-Aqsa secara aman, samada di masa generasi kita mahupun generasi anak-cucu kita."
Benarlah kata-kata itu. Cukuplah umat ini ditipu oleh Zionis dan kuncu-kuncunya sekian lama. Kita tidak akan jerlus ke dalam lubuk perangkap mereka lagi. Semoga pengiktirafan PBB ini tidak membawa Palestin masuk ke perangkap seterusnya

Masyarakat Dunia Bangkit Menentang Serangan Ke Atas Gaza

gaza5-01
GAZA, 18 Nov 2012  -  Masyarakat prihatin anti-keganasan dari lebih 50 buah negara telah mula melaksanakan demonstrasi besar-besaran menentang pembunuhan kejam dan pembersihan etnik yang sedang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas penduduk awam dan hartabenda di Gaza sejak empat hari lalu tanpa hentinya.
Dari Times Square New York ke Dataran Eifel Tower Perancis hinggalah ke Tokyo, penduduk dunia yang sudah muak dengan sikap bongkak Zionis itu berarak penuh solidariti tanpa mengira kaum dan agama dengan memprotes kebisuan pemimpin-pemimpin negara mereka yang membiarkan pembunuhan siang-malam yang Zionis sedang perkosakan ke atas bumi Gaza.
Mereka amat mual dengan sikap Zionis yang cuba menutup aliran keluar berita semasa pengeboman tanpa henti mereka di kawasan penduduk awam dengan mensasarkan wartawan-wartawan perang yang sedang bertugas. Terakhir, sembilan orang wartawan domestik dan antarabangsa telah tercedera bilamana tentera udara Zionis dengan sengaja menembak roket ke arah kompleks tempat mereka bertugas. Salah seorang daripada mereka putus kakinya.
“Zionist is trying to hide the truth by targeting local media agencies in Gaza,” kata sebuah twit yang diterima. Mereka juga menelefon para wartawan Gaza dan mengancam untuk membunuh keluarga mereka jika para wartawan tersebut terus melaporkan keadaan penderitaan yang dialami oleh penduduk Gaza. Usaha buruk berkenaan adalah untuk menutup serta mengasingkan Gaza daripada liputan berita sedunia. Rakaman suara ancaman itu telah direkod oleh wartawan berkenaan sebagai bahan bukti.
Namun di celahan kekalutan itu, penduduk awam Gaza yang tiada tempat selamat untuk berlindung setelah dihujani lebih 900 serangan roket dan bom berbagai jenis tetap teguh berdiri mempertahankan maruah negara dan keluarga mereka. “Amid relentless Zionist bombing, Gaza families huddle together hoping for safety,” berkata sebuah twit dari medan pertempuran.
Salah seorang mangsa terbaru hari ini yang syahid adalah seorang kanak-kanak bernama Tamer Abu Saifan, 3, yang juga kehilangan adik perempuannya Jumana, satu tahun. Keluarga mereka adalah pelarian dari kampung AlFalluja yang telah dirampas oleh Zionis.
gaza5-02Letupan ketika Zionis melancarkan roket ke kompleks bangunan kerajaan Gaza, termasuk pejabat Perdana Menteri.Sementara itu, para wartawan perang telah melakukan demonstrasi di luar kompleks Shawa di sini yang baru sahaja dibom oleh pihak Zionis. Mereka membantah pembunuhan rambang orang awam Gaza dan bertekad bahawa mereka akan meneruskan perjuangan mereka tanpa takut dengan ancaman yang dikenakan oleh Zionis itu.
Sementara itu, Bandar Nuseirat the persisiran pantai Gaza turut diserang hebat oleh tentera laut Zionis. Para saksi mengatakan bahawa yang berlaku bukan peperangan tetapi sembelihan dan penyiksaan skala besar-besaran. Ramai penduduk Gaza mendapat panggilan telefon daripada Zionis mengancam untuk membunuh mereka sambil rumah mereka diranapkan sekiranya mereka masih berdegil ingin mempertahankan Gaza. Zionis sedang menggunakan kesemua senjata-senjata dan peralatan ketenteraan yang mereka miliki untuk cuba menawan Gaza. Dilaporkan lebih 75,000 sukarelawan tentera mereka telah dikerahkan memasuki kem untuk sedia berperang.
Namun begitu, rakyat dan pejuang Briged Ezuddin al Qassam di Gaza berkata kepada Zionis bahawa mereka tidak gentar dan mencabar tentera Zionis memasuki daerah mereka untuk diganyang hingga lumat oleh pertahanan Gaza. Lebih 300 roket telah dilancarkan oleh pejuang pembebasan Palestin ke atas Israel hingga menyebabkan kematian serta kerosakan yang teruk kepada peralatan tentera dan awam mereka. Buar pertama kalinya, roket dilepaskan ke arah pusat bandaraya Tel Aviv dan Ramallah di Tebing Barat, dan ini sangat menakutkan serta menghairankan rakyat Israel sendiri yang selama ini menyangka Palestin sebuah negara yang lemah dan miskin.
gaza5-03Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh, dan Perdana menteri Mesir, Hisham Qandil, menyaksikan rawatan ke atas seorang yang tercedera di Hospital As Shifa.
gaza5-04Cebisan mushaf al-Quran di sebuah masjid yang turut dibedil di al Bureij.
gaza5-05Ibu kepada bayi Hanen Tasesh, 10 bulan, bersedih atas kematian anaknya ketika pengkebumian di Bandar Gaza.
gaza5-06Bukan sahaja kawasan kediaman dan bangunan yang menjadi sasaran Zionis. Lelaki ini mengumpul semula tulang-tulang dari sebuah kawasan perkuburan yang dibom di Rafah.
gaza5-07Ratusan masyarakat Edinburgh di Scotland berarak membantah kejahatan Zionis terhadap Gaza.

Gerakan Pembebasan Gaza: Dengan hanya berkata dan mengutuk tidak cukup

freegaza
Kempen antarabangsa Palestin bagi membatalkan kepungan di Gaza pada hari Isnin lalu berkata bot yang diberi nama "Dignity" akan belayar dari Cyprus ke Gaza petang ini (5pm, Isnin, 29 Desember) dengan membawa para doktor dan bekalan perubatan sebanyak 3 tan. Anak kapal terdiri daripada 15 orang dari 11 negara yang berbeza . "Kami tidak meminta IZIN daripada Israel untuk pergi, dan kami tidak akan berhenti sehinggalah Dignity selamat berlabuh di Gaza. Kami menjawab panggilan kecemasan daripada hospital di Gaza dan petugas2 pusat kesihatan di sana dengan membawa masuk 3 orang doktor yang mana mereka akan tinggal dan bekerja di sana untuk beberapa minggu. Kami akan mempertanggungjawabkan Israel atas keselamatan anak-anak kapal dan bekalan perubatan kami" kata salah seorang daripada mereka. Ewa Jasiewicz, penganjur fREE GAZA yang tingal di Gaza berkata,"di manakah PBB, dimanakah Liga Arab?dimanakah pemalmpau2 yang menentang kekejaman Israel dan pertubuhan-pertubuhan Mesir? Setiap Hospital di Gaza sudah kehabisan bekalan ubat. Israel sedang melakukan kemusnahan dan kekejaman di sini. Dengan hanya berkata dan mengutuk tidak cukup. Dunia perlu bertindak sekarang untuk menghentikan kegilaan ini" Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement) ini akan terus melakukan tindakan yang tidak akan dilakukan oleh pemerintah2 lain di dunia ini iaitu, mengambil tindakan terus untuk mempertahankan kesihatan, nyawa dan maruah penduduk Gaza Di Palestin. "Kami perlu mencipta satu kesedaran untuk menukar cara hak asasi manusai dari hanya berkata-kata kepada kenyataan. Palestin mempunya hak yang tidak boleh di cabut untuk hidup dan hak yang tidak boleh disangkal untuk hidup dengan bermaruah" ujar mereka lagi. Para delegasi misi ini terdiri: Pekerja hak asasi manusia dan kemanusiaan antarabangsa daripada Cyprus, Australia, Ireland, Great Britain, Tunisia, and the United States. Doktor ke Gaza sebagai sukarelawan di hospital tempatan terdiri daripada Dr Elena Theoharous, ahli bedah dan Anggota Parlimen dari Cyprus Jjournalis ke Gaza untuk melaporkan serangan besar-besaran,Wartawan Al-Jazeera Sami al-Haj, mantan pertahanan di Teluk Guantanamo . Cynthia McKinney, mantan anggota wanita kongres US. DISERANG!! 400_0___10000000_0_0_0_0_0_israeli_navy Satu bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang mengisi bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah telah diserang oleh tentera laut rejim Zionis. Menurut pergerakan Free Gaza, bot yang dipanggil The Dignity itu telah ditembak pada jam 6:45 pagi Selasa tadi. Jurucakap media berkata , beliau telah berhubungan dengan penumpang bot yang terdiri dari seorang bekas ahli kongres US dan seorang Ahli Parlimen Cyprian , tetapi sejurus sebelum hubungan telefon bimbit terputus , tembak-menembak jelas kendengaran . Tiada siapa dilaporkan tercedera pada masa itu pada masa terputus hubungan telefon namun selepas itu tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sebarang kecederaan atau tidak. Dalam satu siaran akhbar, pergerakan Free Gaza menyatakan, Bertentangan dengan undang-undang laut antarabangsa, tentera laut rejim Zionis menghalang bot Dignity daripada menghampiri Gaza atau mencari perlindungan sama ada di Mesir atau Lubnan. *Berita terbaru mengatakan Dignity telah selamat sampai di Gaza dan menurunkan bekalan2 ubatan di sana. Latarbelakang Misi: The Dignity bertolak daripada Larnaca Port di Cyprus pada jam 7pm (UST) Monday 29 December, pergi atas tujuan kemusnahan perang di Gaza bersama muatan lebih dari 3 tan daripada bekalan ubat yang di sumbangkan oleh masyarakat Cyprus. Pada permintaan kami, kapal itu telah di cari di bawah kuasa Cypriot Port terlebih dahulu untuk bertolak,untuk menjamin bahawa tiada apa2 yang mengancam di bawa,hanya bekalan ubatan kecemasan sahaja. Senarai Nama anak2 kapal: (UK) Denis Healey, Captain (Greece) Nikolas Bolos, Jurutera Kimia dan aktivis hak asasi manusia. Berkhidmat sebagai anak kapal dalam beberapa trip Free Gaza termasuk yang pertama pada Ogos tahun ini. (Jordan) Othman Abu Falah Pengarah yang telah lama bersama Al-Jazeera Television. Beliau akan kekal di Gaza untuk melaporkan atas seranagn ketenteraan. (Australia) Renee Bowyer Guru sekolah dan aktivis hak asasi manusia.Akan kekal di Gaza untuk melakukan tugas2 kemanusian dan mebuat laporan. (Ireland) Caoimhe Butterly Dikenalai sebagai aktivis hak asasi manusia dan penyelaras bagi Gerakan Pembebasan Gaza(Free Gaza Movement).Akan kekal di sana bagi tugas hak asasi manusia dan bekerja dalam projek pembangunan bersama Free Gaza. (Cyprus) Ekaterini Christodulou Telah dikenali dan dihormati sebagai penulis bebas di Cyprus.Ke Gaza untuk melaporkan konflik di sana. (Sudan) Sami El-Haj ketua bahagian hak asasi manusia di Al-Jazeera Television. Akan kekal di Gaza untuk melaporkan serangan ketentaraan di sana. (UK) Dr. David Halpin orthopaedic surgeon yang berpengalaman, professor perubatan, captain kapal. Ke gaza sebagai sukarelawan di hospital dan klinik. (Germany) Dr. Mohamed Issa pediatric surgeon dari German.Ke gaza sebagai sukarelawan di hospital dan klinik. (UK/Tunisia) Fathi Jaouadi Penerbit TV dan aktivis hak kemanusiaan. Kekal diGaza untuk melakukan tugas kemanusian. (USA) Cynthia McKinney Bekas anggota kongress wanita U.S. dari Georgia, dan pada 2008 Presiden Green Party Ke Gaza untuk menilai konflik yang sedang berlaku. (Cyprus) Martha Paisi senior research fellow dan aktivis hak asasi manusia yang berpengalaman. Ke Gaza untuk menjalan tugas2 kemanusiaan. (UK) Karl Penhaul video correspondent untuk CNN,Bogotá, Colombia. Ke Gaza untuk malaporkan konflik yang sedang berlaku. (Iraq) Thaer Shaker Jurukamera Al-Jazeera television. Ke gaza untuk malaporkan seangan yang berlaku. (Cyprus) Dr. Elena Theoharous, MP Dr. Theoharous pakar bedah dan ahli Cypriot Parliament.Ke Gaza untuk menilai dan mengkaji konflik di sana . http://www.haluan.org.my

VIDEO KEGANASAN REGIM ISRAEL KE ATAS PALESTIN.....


               

Sunday, 30 June 2013

AL-AQSA DAN UMAT ISLAM







1.Bagi umat Islam,Palestin merupakan tanah yang dirahmati Allah.Ia merupakan kiblat pertama umat Islam sejak solat diwajibkan pada malam Isra' dan Mi'rajSehingga lah Allah memerintahkan Rasullulah SAW menghadap ke arah Masjidil Haram sebagai kiblat selepas Masjidil Aqsa dengan firman Allah:

"Dan dari mana sahaja kamu(Muhammad) berangkat,maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidil al-Haram.Dan di mana sahaja kamu berada maka palingkanlah wajahmu ke arahnya".
(Al-Baqarah:150)

2.Palestin merupakan negeri Isra' dan Mi'raj,Palestin merupakan negara istimewa kerana telah dijadikan Baitul Maqdis destinasi terakhir perjalanan Isra' di bumi dan permulaan perjalanan mikrah ke langit.

"Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjid Al-Haram(di Mekah) ke Masjid A-Aqsa(di Palestin). yng Kami berkati sekelilingnya,  untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda(kekuasaan dan kebesaran) Kami.Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar. lagi Maha Mengetahui."(al-isra).

3.Terletaknya Baitul Maqdis iaitu kota besar Islam ketiga.Kota besae Islam yang pertama ialah Mekah dengan adanya Masjidil Haram,manakala kota besar umat Islam yang kedua ialah Madinah di mana terletaknya Masjidil Nabawi dan makam Rasullullah.

4.Negeri kenabian dan keberkatan
kerana di negeri inilah telah lahirnya ramai para nabi seperti Nabi Ibrahim AS,Nabi Ishaq AS,Nabi Ismail AS,Nabi Yaakub AS,Nabi Musa AS,Nabi Isa AS,Nabi DAud AS,Nabi Sulaiman AS dan ramai lagi...

5.Negeri perjuangan kerana Palesti juga dikenali sebagai bumi jihad kerana di situ terletaknya Umat Islam yang teguh berjuang menegakkan kebenaran sehingga ke hari kiamat.

Kesimpulannya,bumi Palestin dan rakyatnya perlu dibela.Keganasan regim Zionis Israel perlu ditentang agar kemusnahan dan kezaliman dapat dihentikan.

Wednesday, 26 June 2013

BOIKOT MCD!!!!!!



Berkaitan kenyataan McD Malaysia.McD Malaysia membayar franchisee fees kepada Mcd Corp USA.Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia.Setiap hari Restoran McD menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu,maka kita harus menyampaikan mesej yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan.Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada Israel' bahkn mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing.maka boikot akan gagal dan McD Corp US boleh meneruskan sokongan Israel.

Tetapi jika setiap warag dunia mula memboikot operasi Mcd di negara masing-masing,maka ini akan menyampaikan mesej yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kepada Israel.Bayangkanjika kutipan dari yuran franchisee sahaja jumlahnya ratusan juta dollar sehari,berapa banyak jentera perang yang boleh dibeli Israe dengan sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.

Kerana itu boikot adalah satu 'peperangan'.Seruan boikot akan di-counter oleh pihak musuh dengan mengatakan:"kami'cawangan tempatan 'dan kami hanya membayar cukai kepada kerajaan kita.Lagipun kami menyumbang kepada ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepda rakyat tempatan."

Jika semua negara membuay pengistiharan seperti ini dan semua warga dunia terpedya dengan seruaan manis ini,aksi boikot akan gagal total.Tetapi apabila McD seberang laut menerima tempias dari polisi McD Corp US yang membiayai Israel,maka akhirnya McD Corp US terpaksa berfikir lagi sebelum menruskan sokongannya kepada zionis kerana keuntungan seberang laut mula menyusut...(diambil daripada AQSA SYARIF SARAWAK)  

KEZALIMAN DAN KEKEJAMAN GEGIM ZIONIS ISRAEL


Negara yang dahulunya aman dan diperintah dengan penuh keadilan telah dijajah dan diperintah regim zionis dengan berbagai bentuk kekejaman dan kezaliman.

Bumi Palestin pada tahun 1914 diduduki oleh 82%penduduk Islam,10% Kristian dan hanya 8% yahudi yang memiliki 2 % tnah.Namun enam dekad telah berlalu (1948-2010), pelbagai kezaliman besar yang dilakukan regim zionis Israel sehingga bumi Palestin porak poranda dan enuh dengan kemusnahan.Sebab utamanya adalah angkara regim zionis yang mencoroboh bumi Palestin.

Pada tahun 1947, melalui Resolusi 181 Pelan Pembahagian PBB yang ditolak oleh Palestin telah secara paksa merampas hak penduduk peribumi dan memeberikan 55% tanah kepada Yahudi yang sebelumnya tanah milikYahudi hanya sekitar 6.5% dari keseluruhan bumi Palestin dan orang Yahudi hanya memiliki sebanyak 91 penempata di tanah mereka yang sedikit itu.

Peristiwa Nakhbah (1948)menjadi titik tolak pengusiran rakyat Palestin seramai 750,000 orang dari bumi mereka sendiri dan kini lebih 5 juta rakyat Palestin tinggal di kem-kem sementara di dalam mahupun luar Palestin.Manakala orang Yahudi di tanah palestin kini berjumlah 7.33 juta.



Pada tahun 2002,Israel membina tembok pemisah sepanjang 721 km menyebabkan 60,500 rakyat Palestin di 42 bua kampung dan bandar dipaksa berada dikedudukan 'no-man s-land'.Mereka terkurung dan terpisah dari sumber rezeki dan dunia luar.

Pada tahun 2006,Israel melakukan sekatan terhadap Gaza sehingga rakyat Palestin terputus bekalan asas seperti makanan,perubatan dan pendidikan.

Pada akhir 2008 pula sewenang-wenangnya regim zionis menyerang dan membedil Gaza walaupun masyarakat dunia menentang.Lebih 5000 terbunuh dan 40,000 luka dan parah.Apakah lagi yang akan dilakukan oleh zionos Israel..Sama-sama lah kitaberdoa dan memberikan sedikit sumbangan kepada mereka...

Bagi masyarakat dunia yang bertamandun,kekejaman dan kezaliman zionis Israel tidak boleh dipandang sepi.Regim zionis Israel sudah bertindak luar batas kemanusiaan.Di atas dasar kemanusiaan,masyarakat dunia tanpa mengira bangsa dan agama terus-terusan menyatakan bantahan dari timur mahupun barat,termasuk dari kalangan NGO dan orang perseorangan yang perihatin.