
Uniknya wilayah konflik yang satu ini sangat jauh berbeza dengan negara-negara konflik lainnya seperti Iraq, Syria atau Afghanistan. Jika di Afghanistan, Iraq atau Libya, konfliknya akan sampai ke tahap kemuncak dan kemudian reda dan kembali aman, di Palestin konfliknya akan berpanjangan dan tidak pernah ada tanda-tanda akan damai. Sebahagian besar daripada para ulama Islam mengatakan bahawa konflik antara Israel dan Palestin ini akan berlanjutan hingga ke akhir zaman. Begitu juga pihak zionis Israel yang memahami resam Islam dan pesanan Rasulullah SAW tetapi tetap angkuh dan degil walaupun mempercayai kebenaran Islam. Warga Yahudi misalnya sanggup menanam sejenis pohon yang dikenali sebagai Gorgot.
Di akhir zaman nanti, orang Islam akan diperintahkan membunuh setiap Yahudi yang ingkar kepada Allah SWT di mana saja mereka bersembunyi. Setiap rumah, batu dan pohon akan diizinkan oleh Allah SWT untuk memanggil pejuang Islam memberitahu ada Yahudi bersembunyi di sebalik mereka kecuali pohon jenis rendang berduri bernama Gorgot itu. Zionis Yahudi menyedari kebenaran hadith Nabi ini dan bersegera menanam ”pohon penyelamat” tersebut dengan banyaknya di serata tempat.

Ini termasuklah Israel menggunakan bom fosfor yang mengandungi bahan kimia yang membunuh dengan ngeri. Ketika diledakkan, ianya keluar berbentuk gumpalan kapas merupakan asap gas yang sangat merbahaya jika dihidu. Asap tersebut tidak akan padam berbulan-bulan lamanya. Terkena saja pada tubuh kita, kulit akan terbakar dan menjalar ke bahagian daging tubuh sehingga tersembul tulang mangsa yang tidak berdosa.
Begitulah kekejaman suatu bangsa paling terhina di era moden ini yang tidak mampu lagi dibendung oleh mana-mana kuasa di dunia ini, termasuklah Bangsa-bangsa Bersatu. Hanya Allah SWT yang mampu mengajar mereka nanti.
Sejarah korban pemuda bom fosfor Israel
Saya pernah bertemu dengan salah seorang pemuda mangsa bom fosfor dan menghulurkan bantuan wang tunai kepadanya lebih kurang setahun setelah beliau diserang. Beliau terkena bom fosforketika menghantar temannya yang syahid ke tanah perkuburan. Tiba-tiba tentera Israel melepaskan bom fosfor mensasarkan pemakaman para syuhada tersebut di daerah Syeikh Ridwan Gaza City.
Saya melihat beberapa kesan luka seperti lubang kecil yang hampir menembus ke permukaan tulang di kedua telapak tangannya. Luka tersebut semakin hari semakin membesar dan tidak pernah kering. Ketika itu juga beliau terkepung di dalam asap bom fosfor dan terpaksa menghidunya. Akibatnya darah pemuda tersebut diracuni dan kini pemuda tersebut terpaksa melalui proses dialisis tiga kali seminggu.
Keadaan ekonomi pemuda korban bom fosfor Israel.

Setiap hari tentera zionis Israel melakukan segala macam initimidasi, kezaliman, provokasi, serta operasi pembunuhan terhadap orang awam, menembak para petani, memusnahkan atau mencuri pohon zaitun dan kurma milik petani Semenanjung Gaza. Mereka seolah takut jika pertanian itu membawa padah sampai ke benteng tembok konkrit 20 kaki mereka.
Petani yang dicabuli tentera Israel.
Penulis pernah membuat liputan berita di wilayah Khuza’ah di selatan Gaza, yang hanya berjarak kurang daripada 500 meter dengan pos sniper Israel. Rumah keluarga Ummu Al-Najjar berdekatan dengan kawat pembatas antara Israel dan Semenanjung Gaza. Di sekitar rumah beliau terdapat ratusan pohon zaitun yang sudah berusia 40 tahun yang selama ini sebagai sumber pendapatan mereka. Selain pohon zaitun terdapat juga 20 kotak ternakan lebah madu.
Suatu hari bulldozer dan kereta perisai Israel menceroboh ke arah rumah milik keluarga Ummu Al-Najjar dan melepaskan tembakan ke dinding rumah beliau. Mereka diusir keluar dari rumah mereka sendiri. Mereka tidak dapat melawan kerana tidak memiliki senjata. Ummu Al-Najjar hanya melawan dengan berkata: “Mahu apa kalian wahai zionis? Ini rumah kami dan ini tanah milik kami”. Tentera Israel tidak peduli dengan ucapan marahnya dan mereka pun memusnahkan seluruh pohon zaitun dan ternakan lebah beliau. Semuanya tersungkur ke tanah. Rumah milik tetangga Ummu Al-Najjar juga dimusnahkan oleh tentera Israel di tanah milik Palestin. Rumah tersebut baru siap dibina tiga bulan lalu daripada wang hasil tabungan selama lima tahun bernilai US 35,000. Zionis Israel sememangnya binatang.
Sejak tahun 2009 penulis berada di Semenanjung Gaza, bermacam bentuk kezaliman disaksikan. Bahkan penulis melihat sendiri mangsa berlumuran darah, mayat tak bernyawa, anak tak berdosa kehilangan anggota tubuh, anak kehilangan kedua orang tua, isteri kehilangan suami, orang tua kehilangan anak yang tidak berdosa, serta penulis sendiri mengalami dan merasakan sakit dan pernah menderita angkara jahatnya peperangan yang dilakukan oleh zionis Israel.
Sudah lumrah bagi orang asing yang berada di wilayah konflik untuk merasa panik dan takut diawal-awal perang. Itu sudah pasti. Namun selepas itu, dengan sendirinya akan terbiasa dengan getaran, bunyi dentuman bom serta roket, pesawat jet tempur serta pesawat tanpa pemandu milik Israel. Seorang relawan harus berani menerima risiko seperti ini jika berada di wilayah konflik seperti Semenanjung Gaza. Tentunya juga harus memiliki bekalan keiklasan, kesabaran dan tawakal yang tinggi serta sokongan ahli keluarga dan sahabat.

Dua hari setelah gencatan senjata bermula, saya terasa kelainan dengan kedua cuping telinga saya. Pendengaran kurang jelas seakan pekak. Itulah penangan dek berhari-hari mendengar bunyi dentuman bom, tembakan dan jeritan pesawat jet tempur yang semasa peperangan merobek gegendang telinga.
Alhamdulillah selepas seminggu tamatnya perang lapan hari itu, penulis diajak berziarah ke Indonesia dengan niat utama bertemu ibu tercinta dan sanak-saudara yang berada di kampung serta berdakwah selama berada di Indonesia. Isteri penulis adalah seorang muslimah hafidzah warga asli Semenanjung Gaza yang bernama Ustazah Rajaa Yusuf Ali Onim. Kami ditemani buah hati putri berusia setahun bernama Marwiyah Filindo (Filistin Indonesia) Onim, bersempena dua nama negara yang sangat erat kaitannya iaitu Filistin dan Indonesia. Anak isteri penulis warganegara Palestin sedangkan penulis masih mempertahankan kerakyatan Indonesianya.

Setiap kali penulis atau isteri diundang mengisi acara di masjid-masjid baik di Indonesia mahupun di Malaysia, acara diakhiri dengan para jamaah atau jawatankuasanya menyerahkan dana ikhlas mereka untuk anak yatim, fakir miskin serta janda para syuhada di Semenanjung Gaza.
Penulis dan keluarga berada di Indonesia selama enam bulan dibiayai dengan dana peribadi kerana memang sejak dua tahun lalu Onim dan isteri sudah mulai menabung dengan niat berziarah dan berdakwah ke Indonesia. Kesempatan yang ada digunakan untuk membuka jaringan silaturahim seluas-luasnya tanpa memandang lambang atau jenis NGO demi menceritakan situasi genting rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan menghadiri undangan kerana panggilan dakwah lillahi ta’ala.
Setelah selesai berziarah dan berdakwah di Indonesia dan di Malaysia bersama HALUAN Malaysia, Onim yang juga menjadi wakil media HALUAN di Gaza kembali ke Semenanjung Gaza bersama keluarganya pada 1 Mei, 2013. Sekembali beliau ke Gaza, beliau berazam untuk hidup berbaur dengan warga Palestin tanpa bernaung di bawah mana-mana NGO tempatan mahupun Indonesia dan akan membuka peluang seluas-luasnya bagi seluruh NGO sedunia yang memerlukan tenaga dan kepakaran beliau di sana. Beliau berniat menetap dan membangunkan rumah (tapak pemberian bapa mertuanya) bersama markaz tahfizul Qur’an untuk menampung kanak-kanak menghafal Qur’an, salah satu aktiviti yang akan diselenggarakan oleh isteri beliau.
Pelan rumah serta markaz tahfiz Qur’an tersebut sudah ada tetapi dana pembangunannya sebanyak US$41,000 (Rp.400.000.000) belum mencukupi. Setelah seminggu penulis berada di Semenanjung Gaza, dana yang diamanahkan oleh rakyat Indonesia dan Malaysia sudah beliau kepada keluarga yatim, fakir dan janda para syuhada.
Di antara mereka ada fakir miskin yang sakit kuat dan terpaksa diubati di Israel, keluarga cacat, keluarga fakir yang bapaknya buta dan harus dibedah, yang sakit ginjal, fakir miskin yang bapaknya bisu dan menetap diruang 6 kaki x 6 kaki, seorang bapa menderita kanser kerongkong mungkin disebabkan bom kimia zionis, keluarga cacat yang tanpa kedua orang tua mereka, fakir miskin penganggur dengan enam orang anak, fakir miskin yang bapaknya gugur dalam pertempuran melawan tentera Israel, tiga anak yang bapanya masih terkurung di penjara Israel, serta fakir miskin yang tidak mampu membayar sewa.
Mangsa perang di Gaza sedang menanti belas ihsan kita di tanahair sendiri yang tidak bergolak. Anda boleh sama-sama membantu mereka meringankan bebanan kesakitan dan kemiskinan yang mereka tanggung demi mempertahan bumi Palestin untuk kita di sini.
No comments:
Post a Comment